Wednesday 8 October 2014

Apa itu Gout ??

Assalamualaikum..

Gout? Kebanyakan anda biasa dengar tentang gout? Tahukah anda apa sebenarnya yang dikatakan gout ini?

Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah “gout” berasal daripada perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.
Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an.




Apa yang menyebabkan Gout? 

Punca gout adalah disebabkan kandungan asid urik yang berlebihan dalam badan. Keandaan ini boleh disebabkan oleh: 

~ Peningkatan pengeluaran asid urik oleh badan.
~ Penyingkiran asid urik yang berlebihan oleh buah pinggang.
~ Peningkatan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang dimetabolismakan kepada asid urik di dalam badan. 

Daging tertentu, makanan laut, kacang kering, dan kacang adalah sangat tinggi kandungan purines. Alkohol juga boleh meningkatkan tahap asid urik dan mendakan serangan gout. 


Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout: 

1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet. 

2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics. 

3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout. 

Makanan yang patut di elakkan (TOTALLY FORBIDDEN) ialah:- 

~ Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
~ Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
~ Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
~ Daging merah.
~ Cendawan.
~ Yis (roti putih, roti manis). 



Apakah vitamin untuk merawat Gout? 


Keberkesanan dalam merawat gout melibatkan beberapa faktor yang berbeza di samping mengurangkan keradangan sendi dan paras asid urik. Usaha untuk merawat gout juga bermakna anda berusaha untuk menggalakkan fungsi buah pinggang, fungsi sistem imun, serta mengurangkan pengekalan air.


Supplement yang dicadangkan untuk pesakit gout adalah ALFALFA , OMEGA & PERFORMACE DRINK




1. Alfalfa - untuk menyingkirkan toksin secara lembut dari badan dan menurukan bacaan asid uric.Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

2. Performance drink - memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.

3. Omega guard - Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.



Sms / whatsapp saya untuk mendapatkan set ini dengan kosultansi secara percuma

Siti Haslinda
012-3272475

No comments:

Post a Comment