Friday 3 October 2014

Kelebihan Hari Wukuf di Arafah

Assalamualaikum...

Hanya sedikit perkongsian dari saya tentang Kelebihan Hari Wukuf di Arafah. Semoga saya juga akan menjadi Tetamu Allah di sana satu hari nanti. Apa yang penting adalah niat, dan bila tiba masanya Allah akan permudahkan dan meluaskan jalan untuk kesana dalam melakukan Ibadah Rukun Islam ini.. InsyaAllah.

Wukuf di Arafah jatuh pada tarikh 9 Zulhijjah dan dipanggil hari Arafah kerana pada 9 Zulhijjah umat Islam yang menunaikan haji akan melakukan wukuf di Arafah.

Jom baca apa kelebihan Hari Wukuf di Arafah
- Hari Arafah hari istimewa.
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)
- Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah.
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.“.(Riwayat Ahmad)
- Digalakan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji.
Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Sahih Muslim)
- Digalakan berdoa pada Hari Arafah.
Dari Amr bin Syuaib bahwa Nabi saw. bersabda, "Doa terbaik adalah doa di hari Arafah. Dan ucapan terbaik yang saya dan para nabi sebelumku ucapkan adalah laa ilaha illallahu wahdahu laa syarika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syay`in qadir. (Tidak ada sembahan yang hak selain Allah semata tidak ada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya semua kekuasaan, hanya milik-Nya semua pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu). (HR. At-Tirmizi)



Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua dalam meningkatkan lagi tahap keimanan kita kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang banyak menyediakan ruang-ruang untuk kita lebih dekat denganNya..

Wallahualam...

No comments:

Post a Comment