Sunday 19 October 2014

Zakat.. Sudahkah anda??





Bismillahirrahmanirrahim..  Assalamualaikum... 


Post kali ini saya nak share dengan semua tentang zakat.


Sudahkah anda tunaikan zakat??

 Peringatan ini khas untuk diri sendiri juga yang selalu alpa dan leka bahawa sebahagian dari pendapatan kita ada hak orang lain yang perlu kita ketepikan. Ramai diantara kita yang sering ambill ringan dan remeh tentang zakat, tapi ingatkah kita bahawa zakat ialah Rukun Islam yang wajib kita tunaikan, selain dari Mengucap Shahadah, Solat 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan dan Memunaikan Haji. Zakat ialah Rukun Islam yang keempat. 

Allah itu Maha Kaya. Dengan zakat yang kita tunaikan, Allah akan balas dengan balasan yang berlipat ganda. Tidak semestinya balasan dari segi wang ringgit dan harta, tetapi juga dari segi kesihatan, anak yang pandai dan sihat dan keluarga yang bahagia.. 


Selain daripada itu, terdapat banyak lagi hikmah dan kebaikan dari ibadat zakat ini..

Jom .. Teruskan membaca..


HIKMAT ZAKAT

1. Ibadat zakat yang difardukan mempunyai beberapa hikmat, misalnya:
  • mendidik manusia berakhlak mulia sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam
  • mewujudkan semangat persaudaraan yang kukuh di kalangan orang Islam
  • melahirkan masyarakat Islam yang aman dan harmoni
  • memajukan masyarakat dalam bidang ekonomi, sosial, dan pendidikan
  • melahirkan masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya mengamalkan sikap tolong-menolong untuk kebaikan bersama.
2. Yang berikut menerangkan beberapa kepentingan zakat kepada umat Islam:
  • memajukan masyarakat Islam dalam semua bidang seperti bidang ekonomi, sosial, pendidikan, dan lain-lain sebagainya
  • membangunkan ekonomi Islam melalui projek-projek perusahaan yang dapat memberi keuntungan kepada umat Islam
  • memperkukuh ekonomi umat Islam dan menyebabkan kaum lain menghormati kemampuan umat Islam
  • umat Islam dapat hidup sejahtera, aman, dan harmoni
  • masalah sosial seperti kemiskinan, tidak cukup makanan, kebuluran, dan yang seumpama dengannya tidak akan berlaku
  • syair Islam dapat ditingkatkan dengan baik dalam keseluruhan kehidupan umat Islam.
3. Wang zakat yang dikutip daripada pembayaran zakat berperanan penting dalam membangunkan ekonomi umat Islam. Contohnya:
  • kerajaan dapat membina kilang-kilang perusahaan untuk menyediakan pekerjaan kepada orang Islam
  • kerajaan akan memberi pinjaman wang zakat kepada mereka yang berdaya maju dalam bidang perniagaan untuk meningkatkan ekonomi orang Islam
  • wang zakat dapat dilaburkan dalam industri yang halal yang menjamin pulangan yang lumayan
  • melalui wang zakat, kerajaan dapat membantu golongan yang susah dengan mengadakan projek yang berfaedah untuk meningkatkan pendapatan mereka.

4. Kepentingan harta zakat dalam pembangunan masyarakat:
  • kerajaan dapat membina berbagai-bagai kemudahan asas seperti jalan raya, sekolah, masjid, padang permainan, balai raya, dan lain-lain
  • wang zakat dapat digunakan untuk membantu pelajar-pelajan Islam yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran
  • membantu golongan susah supaya dapat merasai kesenangan hidup.


Banyak hikmah yang  kita dapat dengan hasil zakat. Disamping melunaskan kewajipan kita sebagai umat islam, ia turut memberi impak yang besar dalam membantu memperkasakan ekonomi Ummah..

InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment