Tuesday 14 October 2014

Gemuk? Salah ke?

Bismillahirrahmanirrahim... 

Assalamualaikum..





Ramai diantara kita yang mengidamkan badan yang kurus dan cantik. Namun tidak ramai diantara kita yang sanggup mengamalkan cara pemakanan dengan gaya hidup yang lebih sihat kerana sudah terbiasa dengan pengambilan makanan secara berlebihan tanpa mengambil kira akibat kepada faktor kesihatan.
Tetapi ada juga yang selesa dan suka dengan berbadan gemuk.Walau apapun pendirian anda, keadaan ini sebenarnya adalah sangat membimbangkan. Ini kerana rakyat Malaysia adalah purata rakyat paling gemuk di Asia Tenggara. Satu laporan Statistik yang tidak perlu dibanggakan.. 
Kenapa? Teruskan membaca..








Masalah kegemukan akan mengundang pelbagai penyakit gaya hidup kronik seperti diabetis, sakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan masalah mental. Memang berbadan besar dan gemuk nampak kurang menarik, tetapi lebih membimbangkan ialah risiko pelbagai penyakit akibat pengumpulan lemak dalam badan. 


Lemak adalah sumber tenaga terakhir yang digunakan badan, justeru kita perlu bersenam untuk menggunakan tenaga ini. Lemak paling degil dan susah dikurangkan ialah di pinggang atau dipanggil lemak viseral.Lemak juga boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Risiko kesihatan obesiti dibahagi kepada tiga kumpulan besar iaitu mati awal, menjalani kehidupan penuh kesakitan dan kesan psikologi.


Mati awal (disebabkan penyakit)

1.  Diabetes

2.  Serangan jantung. Paras kolesterol meningkat, terutama kolesterol berbahaya (LDL) dan trigliserid. Pada masa sama paras kolesterol baik (HDL) di kalangan individu obes sangat rendah. Ini sebabnya kini ramai individu semuda 30 tahun boleh mendapat serangan jantung.

3.  Strok.

4.  Tekanan darah tinggi.

5.  Kanser (orang gemuk berisiko tinggi mendapat kanser usus, esofagus (saluran makanan), payu dara (wanita dan lelaki. Lelaki obes mengalami pembentukan tisu lemak di dada).

6.  Sindrom apnea tidur (berdengkur kuat, mudah penat, kualiti tidur rendah dan tidur sentiasa terganggu. Mereka juga berisiko mendapat serangan jantung ketika tidur, tekanan darah tinggi, kegagalan jantung dan strok.

7.  Masalah pernafasan. Ini kerana lemak viseral yang terkumpul mengambil banyak ruang dalam abdomen dan menolak paru-paru. Jadi ruang untuk paru-paru mengembang ketika anda menyedut nafas menjadi sempit.


Menjalani kehidupan yang menyakitkan

1. Sakit sendi seperti gout, sakit belakang, sakit lutut dan buku lali serta pergelangan tangan. Sendi lutut dan buku lali sangat kecil untuk menampung berat badan keseluruhan. Sendi ini terpaksa menampung beban berlebihan yang melebihi kemampuannya jika anda obes.

2.  Sukar bernafas, pernafasan menjadi pendek dan tercungap-cungap selepas melakukan aktiviti ringan; pernafasan tersekat ketika tidur.

3.  Batu pundi hempedu (sakitnya sama seperti sakit melahirkan anak), asid refluks (pedih ulu hati).

4.  Inkontinens (hilang keupayaan menahan kencing). Apabila kita menjadi terlalu gemuk, otot terpaksa mengembang dan menyebabkan daya pengecutannya terjejas. Bagi orang obes, bangun daripada duduk, ketawa atau batuk kecil boleh menyebabkan mereka terkencing.

5.  Kesuburan merosot pada lelaki dan wanita, masalah kitaran haid dan kehamilan banyak masalah. Wanita obes berisiko tinggi dapat kencing manis ketika hamil dan tidak boleh banyak bergerak, terutama waktu sarat.

6.  Vena varikos (urat kaki timbul dan berselirat) menyebabkan sakit kaki.


Kesan psikologi

1.  Resah dan gelisah.

2.  Tertekan dan murung.


Penurunan berat badan sekecil lima hingga 10 peratus boleh membawa perubahan besar kepada tahap kesihatan seseorang, terutama yang mengalami masalah obesiti. Antaranya ialah:

a. Penurunan kadar kematian

i.  Lebih 20 peratus penurunan jumlah kematian keseluruhan.

ii.  Lebih 30 peratus penurunan kematian akibat penyakit berkaitan diabetis.

iii.  Lebih 40 peratus penurunan kematian akibat kanser yang disebabkan obesiti.

b. Tekanan darah tinggi — tekanan sistolik menurun 10, tekanan diastolik turun 20. Maknanya jika ketika obes tekanan darah anda 150/98 mmHg, dengan penurunan berat badan lima hingga 10 peratus, tekanan darah boleh berkurang ke 140/78 mmHg.

c. Diabetis

i.  Menurunkan 30 hingga 50 peratus paras gula ketika puasa (tidak makan).

ii. Menurunkan 50 peratus risiko mendapat diabetis.

d. Kolesterol

i.  Penurunan 10 peratus jumlah kolesterol keseluruhan.

iii. .  Penurunan 15 peratus kolesterol LDL.

iv.  Penurunan 30 peratus trigliserid.

v.  Peningkatan lapan peratus kolesterol HDL.

Bagaimana untuk mengurangkan lima hingga 10 peratus berat badan?

Tiada jalan pintas untuk mengurangkan berat badan kerana pertambahannya berlaku dalam satu jangka masa lama. Jadi proses pengurangan berat badan perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat dan selamat.

Jadi.. Hiduplah dengan mengamalkan gaya hidup dan diet pemakanan yang lebih baik..

Untuk makanan tambahan atau supplement sebagai membantu anda mengurangkan lemak dan saiz badan untuk kesihatan yang lebih baik, Set Kurus Shaklee adalah jawapannya.. Selamat, Berkesan & Halal.


Apa yang anda boleh dapat dari set ini??






Set kurus Shaklee membantu mengawal bentuk badan dengan 3 cara. Bakar, Buang dan Bina.
BAKAR
Lemak perlu dibakar terlebih dahulu di dalam badan. Lecitin dan Omega adalah berfungsi untuk membakar lemak. Perbezaan lecithin dengan Omega, lecithin shaklee adalah berasaskan soya manakala Omega berasaskan minyak ikan. Dari segi kadar pembakaran, omega lagi kuat untuk membakar lemak-lemak.
BUANG
Setelah lemak dibakar, lemak tersebut perlu diangkut daripada organ-organ tubuh badan dan dikumuhkan. Maka alfalfa dan Herbalax diperlukan untuk mengangkut badan toksin ini. Alfalfa adalah untuk angkut toksin dari seluruh badan manakala herbalax adalah berfungsi untuk detox di perut dan usus.
BINA
Untuk memastikan otot yang telah terbakar lemak-lemak, otot tersebut perlu dibina semua untuk tidak mengeleber. ESP dan cinch diperlukan pada tahap ini. Cinch juga berfungsi untuk meningkatkan metabolisme otot badan.

Semoga info ini menjadi peringatan buat semua dalam memilih rutin makanan yang lebih sihat serta menjalani gaya hidup yang lebih baik.

Untuk tempahan Set Kurus Shaklee, 

sms/whatsapp saya

Siti Haslinda
012-3272475

No comments:

Post a Comment