Monday 22 September 2014

Perlukah Makanan Tambahan atau Supplement ?

Assalamualaikum...


Makanan tambahan atau supplement sudah menjadi satu keperluan dalam kehidupan yang serba moden ini. Tapi.. adakah ia benar-benar diperlukan? Mengapa kita tidak hanya mendapatkannya dari sayuran, buah-buahan, ulaman dan kekacang. Orang-orang dahulu juga dapat hidup sihat tanpa mengamalkan makanan tambahan ini.. Jadi mengapa kita perlukan Supplement atau makanan tambahan ini??

Dengan kehidupan yang moden dan canggih ini, segalanya bergerak dengan pantas. Begitu juga dengan penghasilan makanan yang dipenuhi mengikut keperluan di zaman ini. Segalanya perlu segera dan pantas.  Bagaimana dengan khasiatnya? Cukukah zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan kita seharian. Cukupkah pengambilan makanan mengikut Piramid Makanan seperti yang disarankan? Bagaimana pula cara penyediaannya? Adakah masih mengekalkan zat asal makanan tersebut? Kita pun tak pasti kan...




Jom baca.. kenapa kita perlu ambil Supplement...



  • Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yg menjejaskan kesihatan badan.
  • Badan kita memerlukan dos yg lebih tinggi bagi sesetengah nutrien. Hakikatnya, nutrien hanya boleh didapati daripada pemakanan. Vitamin dari pemakanan tidak mencukupi bagi kesan pencegahan penyakit dan anti penuaan.
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia yg lain. Penggunaan baja sintetik dan racun perosak mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
  • Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan.
  • Mengamalkan gaya hidup yg tidak sihat seperti kurang bersenam atau kurang bersukan, merokok, tidur lambat,stress, sibuk dan sebagainya menyebabkan kurangnya penjagaan diri dan mengakibatkan masalah kesihatan.
  • Rutin pemakanan kebanyakan rakyat Malaysia yg tidak hiraukan diet yg seimbang.
  • Gangguan penyerapan nutrien dari makanan, akibat dari pengambilan kafein, gula dan garam berlebihan, kolesterol dan lemak telah mengurangkan simpanan mineral dan mengganggu penyerapan mineral.
  • Kehilangan nutrien dalam makanan, terutamanya di kedai makan, restoran makanan segera dan sebagainya.
  • Kurangnya penyediaan makanan sihat di rumah.
  • Persekitaran yg tercemar dan imunisasi yg lemah akibat kekurangan mineral dan vitamin telah menyebabkan diri mudah dihinggapi penyakit.


  • Oleh itu, Supplement atau makanan tambahan adalah sangat diperlukan untuk melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan oleh tubuh.

    Jom kita ambil kata-kata Prof. Muhaya:-

    "Mereka yang berumur lingkungan 20-40 tahun perlu mengambil supplemen walaupun mereka fikir telah mengambil makanan yg seimbang. Kesannya mereka akan dapati selepas umur 40 tahun."

    "Antara barang branded dan supplemen, lebih baik memilih untuk membeli supplemen. Kerana barang branded hanya nampak di luaran sahaja. Tetapi supplemen yg anda amalkan akan memberi kesan kepeda tubuh badan anda. Iaitu kesihatan."

    "Jangan asyik nak kejar kekayaan,  Jtapi utamakan lah juga kesihatan. Jika tidak, selepas umur 40 tahun nanti, tak mustahil anda akan habiskan kekayaan anda untuk mencari kesihatan."


    Wow!!! Jelaskan. Mengapa kita perlu mengambil Supplement..

    Saya sedang mengamalkan Supplement Shaklee secara konsisten. Anda Bagaimana??


    No comments:

    Post a Comment