Thursday 25 September 2014

Air dan Supplement




Air sangat penting dalam kehidupan kita seharian. 70% dari kandungan badan kita terdiri daripada air. Oleh itu kita di sarankan untuk minum 8 gelas sehari, untuk mengelakkan  dari berlakunya dehidrasi badan. Bagaimana pula jika kita mengamalkan Supplement? Sudah tentu badan anda memerlukan air yang lebih.

Jom kita baca fakta-fakta yang perlu diketahui tentang kaitan air dan supplement semulajadi Shaklee:
  1. Supplement semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis. 
  2. Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air. Umpama mengacau sesenduk gula dalam sebiji cawan . Satu senduk gula pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag. 
  3. Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 biji oren. Berapa banyak air dalam 7 biji oren tu?

Oleh itu dengan mengamalkan Supplement Shaklee, mestilah dengan pengambilan air lebih dari biasa, iaitu 3 liter sehari. Bagi yang dah biasa tidak menjadi masalah. Tetapi bagi yang tak suka atau tak biasa minum air ini akan menjadi masalah ...



Ok, jom saya kongsikan sedikit tips bagaimana untuk memastikan anda cukupkan syarat 3 liter air masak.

  • Bangun tidur, sebelum buat apa-apa, minum segelas air masak : 250ml
  • Selepas mandi, sembahyang Subuh dan settle apa yang patut, minum segelas air masak, lepas tu baru keluar rumah (pergi kerja atau kelas) : 250ml
  • Pastikan anda minum sekuarng-kurangnya 1 liter sebelum lunch dan 1 liter selepas lunch. Mesti boleh punya, anda ada masa lebih kurang 5 jam untuk habiskan setiap 1 liter. 
  • Jika anda bekerja, sediakan tumbler yang size 1 liter tu di atas meja office anda.  
  • Jika anda student, sila bawa tumbler ini di dalam beg anda ok:)
  • Balik kerja atau balik kelas, minum segelas air : 250ml
  • Sebelum tidur, minum segelas air masak : 250ml


Haa.. kan dah cukup 3 liter kan... Jadikanlah minum air masak sebagai satu rutin yang perlu diamalkan untuk anda mendapat kebaikan darinya..




No comments:

Post a Comment