Friday 5 September 2014

Shaklee dan kami..


Assalamualaikum..


Bercerita tentang bagaimana saya menyertai Shaklee..

Alhamdulillah.. Adik Ipar saya telah memperkenalkan saya dengan produk Shaklee ini pada tahun lepas.  Mendapat bimbingan  dari Group Mummyza yang diterajui oleh adik ipar saya sendiri, Siti Hamiza tentang bagaimana menjalankan perniagaan ini. Bertemunya dengan perniagaan Shaklee ini seperti memberi penyelesaian kepada kami sekeluarga. Penyelesaian bila mana saya sebagai suri rumah dapat membantu suami dalam menjana pendapatan tambahan.. Satu kepuasan yang dirasai...
kerana dalam masa yang sama saya dapat menjaga,mengurus dan mendidik anak-anak dengan sendiri..

Bermula dengan Bonus bulanan hanya RM25, saya yakin dan percaya bahawa permulaan yang sedikit inilah yang akan menjadi titik permulaan yang besar dalam hidup saya dalam membina Empayar saya sendiri. Menjadikan Master-master yang berpendapatan 5-6 angka dan telah berjaya sebagai Idola saya, dan disertai dengan usaha dan amalan rohani yang kuat, tidak mustahil saya juga akan berjaya seperti mereka..  InsyaAllah..

Apabila saya mengambil keputusan menyertai Shaklee, saya juga turut menjadi pengguna Supplement  Shaklee yang mana sebelum ini saya memang tercari-cari "sesuatu" yang dapat menyelesaikan masalah kami sekeluarga. Apabila mencuba Supplement Shaklee, kami terasa akan perbezaannya. Suami yang sering keletihan akibat bidang kerja yang lebih memerlukannya untuk berada diluar pejabat telah mengamalkan set tenaga shaklee (ESP + B Complex + Performance Drink), merasakan badan rasa lebih bertenaga. Saya pula mengalami masalah dengan kulit muka yang kusam, jeragat, dan tona kulit tidak sekata akibat terkena cahaya matahari secara terus dalam menghantar anak-anak kesekolah setelah 2 tahun menjadi surirumah, mengamalkan set kulit cantik Shaklee (B Complex + Vita C + Vita E) . Alhamdulillah.. kulit muka saya lebih bermaya, warna kulit sekata, dan lebih cerah.. Anak-anak pula, saya berikan set pintar (Mealshake + Chewable Vita C + Omega ) kerana mereka sering kehilangan fokus dalam kelas..


 Alhamdulillah... semuanya dengan izin Allah..



Siti Haslinda
SID: 1108591
012-3272475
ig @shahaslinda 

No comments:

Post a Comment